BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Tuesday, August 11, 2020

Ectopic pregnancy 2019

 Assalam...

2019 time bulan posa saya diet & eat clean sungguh-sungguh.. so dapat la turun berat badan dari 57-58 ke 49-50.. target nak kurus sihat ja.. then, tetiba Aug 19 terfikir apakata try makan clomid, kot blh mengandung.. wasap Dr Haida bgtau, pastu Dr bg prescription.. p cari kat farmasi.. makan la Day 2 period till D6.. masa tu tengah mengalami masalh keputihan yg melampau.. x penah2 alami.. sebulan lps tu tak terfikir pon akan berjaya sbb sblm2 ni pernah clomid resistant.. mkn beberapa cycle takdak tindakbalas yang baik.. so, buat x kisah.. tp, tetiba dtg malash kencing sakit pulak, mungkin sbb keputihan yang teruk tu.. buat x kisah lg.. 30/08/19 balik kampung sbb adik bongsu kahwin.. penat sangat rasa masa kenduri tu.. dengan kencing tak lawas.. balik tu jumpa Dr sbb masalah keputihan x settle2 lg.. Dr buat pap smear sekali..  dlm 4 hari baru keluar result.. dlm 4 hari tu terfikir nak test upt sbb ingat nak skipping tp takut jugak la.. x sedap badan byk hari dah.. balik kerja singgah farmasi beli upt, sampai rumah terus check... positif.. mmg terkejut sangat2 time ni.. terus g klinik Mahsuri utk confirm..

Monday, August 10, 2020

TTC for 2nd baby

Bismillah..

Alhamdulillah.. setelah hampir 7 tahun x menjengah blog ni, tetiba mlm td google pasal ttc terjumpa blog sendiri.. nasib baik password pon ingat lagi.. sesuai sangat la sbb skrg tgh ttc untuk 2nd baby so kita sambung semula cerita ttc disini.. baca semula pengalaman lalu, x sangka rupanya dl mmg struggle berusaha untuk dapat anak.. dengan emosi yang selalu ke laut dalam.. Alhamdulillah, Allah permudahkan iui ketika itu.. iui pertama berjaya.. skrg baby iui saya da berumur 6 tahun.. 

Monday, September 16, 2013

Alhamdulilah.. 14 minggu sudah.

Bismillah
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi atas limpah rezekinya.. kini usia kandunganku genap 14 minggu.. da masuk 2nd trimester.. semoga zuriat di dalam rahimku ini dipelihara dan dilindungi olehNya.. setelah 3 kali mengalami bleeding di usia kandungan 5w, 8 w dan 13w.. setelah 2 kali cucuk ubat kuatkan rahim, dua kali ditempatkan di wad bersalin untuk diseluk, hari2 makan duphaston, semoga baby dapat survive, kuat, sihat, sempurna dan dilahirkan bila da cukup term ye sayang.. ummi dan daddy harap baby sihat dan selesa di dalam rahim ummi.. ummi dan scan baby ms 13 weeks aritu, kelihatan baby sngat aktif berpusing2 dlm rahim ummi.. kamu tersangat comel.. x sabar rasanya nak tunggu kelahiran baby lagi 6 bulan.. walaupon kini ummi masih lagi x selera nak makan, dan masih mengalami mual2, ummi akan cuba makan makann yg seimbang untuk baby.. baby kuat ye sayang...


IUI  - 23/06/2013

Tuesday, January 8, 2013

Misscarriage again

Bismillah
Hari ni hari keempat stlh disahkan kandunganku gugur.. Hari sabtu (5/1/13) keja half day, so tengahari balik rumah kejap then pegi rumah MIL.. pas makan sume, rehat2 kejap then sy masuk tidur.. Bila bangun tidur terasa basah. Bila tengok ada semacam darah cair.. Allahuakbar.. Terasa nak menangis da. Sy fobia tgk darah ms pregnant bukan sbb takut dgn darah tp sebab pengalaman lalu.. PM Dr Haida bg tau ada darah, then dia reply maybe infection di vagina.. x de apa kat kandungan.. hari tu hari sabtu, so klinik pakar di hospital x buka.. Sebab rs x puas ati, sy ajak En Suami pegi klinik. Bila scan kantung masih ada tp nampak samar2 je. Dr. Noriah kata kemungkinan kandungan da nak gugur.. Malam tu da nangis2 da, bersedia untuk terima sebarang kemungkinan..
Esoknya, bangun tido masih lagi bleeding. Ajak En Suami pegi hospital.. Dr. Haida scan dr abdomen da x nampak. Kat klinik smlm nampak lg. So, scan dr bawah plak.. Dr. x cakap apa, cuma dia tanya sapa Dr. pakar yg confirmkan sy pregnant hari tu. Sy ckp Dr. Muhrizah. So, dia panggil Dr pakar. Bila scan, Dr pakar ckp da xde.. Serta merta air mata keluar. Sedih sgt.
Dr. Haida bg MC seminggu. Dia ckp x perlu buat DnC, bg dia keluar sec natural. En Suami pon dpt MC 2 hari.. Bermulalah episod TTC semula slps ni.. Azam 2012 hampir tercapai tp nampaknya perlu dibawa utk azam tahun 2013.. Selain tu nak kurangkan berat badan, nak aktif, nak mkn mknn berkhasiat, minum air msk byk2 dan tanak minum ais (rasa sikit2 x pa la) hikssss.. Dua hari slps keguguran asek nangis gak la but since smlm rs emosi da ok.. Menangis bukan tanda x redha, tp ini merupakan tanda seseorang itu waras bila dapat berita sedih.. kalo gembira baru la namanya x waras kan..  Hari Jumaat nak tngkan fikiran, ajak En Suami pegi rehat2 tepi pantai da alang2 dapat cuti kan.. Suami ajak pegi Langkawi tp bila pk2 balik, kos dan masa..x jadi.. So, kami pilih Penang.  Da book Rainbow Hotel Beach Resort.. Amik bilik mengadap laut.. Semoga aura2 positif menyerap dlm diri ku dan akan bersemangat semula utk memulakan kerja..

Saturday, December 29, 2012

Scan @ 5 weeks

Salam,
Hari khamis (27/12) g Hospital utk scan ngan Dr Haida. Scan kat perut x nampak. Dr. soh buat UPT dl. Tp, x dpt buat sbb sy br je buang air kecil before jumpa Dr. So, Dr terus buat TVS.. tapi, masih x nampak. Pastu, Dr. soh amik darah and dtg balik ar ahad.. Dlm hati hanya Allah yg tahu betapa risaunya sy..

Hari ni.. sy sampai Hospital jam 8.30am, jam 10.45 baru dpt jumpa Dr. Result blood test x keluar lg. So, Dr minta buat UPT dl. Alhamdulillah, positif. Then, Dr buat TVS.. dan masih x nampak.. Sy da mula rs nak menangis.. risau nya Ya Allah.. Dr ckp patut da nampak kantung.. Then, Dr. suruh nurse panggil Dr. Pakar.. Lama jugak tunggu sbb Dr. Pakar ada patient lain. Ms menunggu tu sy x henti2 berdoa semoga little caliph ni menunjukkan diri, semoga Allah melindungi kadungan ni. Ya Allah, dlm hati sy yakin kandungan ni berada di tempat yg betul. Bila Dr. Pakar buat TVS, sekali tgk terus dia kata, ni ada.. Clear kan.. Ya Allah, leganya... Terima Kasih Ya Allah... Dan yg sedikit melegakan sy, Dr. pakar kata x nampak pon bicornuate uterus, dia kata mungkin sikit saja... Bebrapa org Dr. sebelum ni pon ckp rahim nampak ok ja.. Appointment 16/1 nnt ngan Dr. Pakar plak.. Ya Allah, lindungi dan peliharalah kandungaku ini. Sementara nak tunggu amik ubat kuatkan rahim,  sy g makan dl. Kul 12 baru makan.. Lapar  betul. Kui 1 br sampai giliran amik ubat. sampai rumah 1.30.. Waaaa, lamanya. stgh hari di hospital.

Thursday, December 20, 2012

Alhamdulilah

Positif PREGNANT pd CD 30, DPO 15.. Alhamdulillah, Thank you Allah.
3 Tahun lalu pd 23/12 sy keguguran kandungan pertama berusia 4 bulan, kini 21/12 Allah kurniakannya sekali lagi.. Semoga kandungan kali ni kuat dan lahir sempurna, sihat tubuh badan.. Amin.. BBT yg menggerakkan hati sy utk test UPT pd hari jumaat yg penuh barakah.. Hari khamis (20/12) sy terasa letih, terasa seluruh bdn lenguh2 x bermaya.. Sy hanya fikir tanda nak period dan sy menjangkan esok sure akan period.. 2 hari sebelum tu suhu sy tinggi iaitu 36.8. so, pagi Jumaat tu bila alarm bunyi terus mskkan termo bwh lidah.. sambil mata masih terpejam, dalam hati da bersedia nak tgk suhu jatuh menjunam.. Bila termo bunyi teet teet, dlm samar2 lampu tidur sy tgh suhu masih lagi maintain 36.8.. Ya Allah.. Terus bangun amik UPT murah yg sy beli sedozen, yg dah beberapa kali guna tp hanya nampak result negatif.. lps test, lay down strip tu pastu msk bilik soh en suami pegang dahi, kot2 suhu tinggi sebab demam.. tp en suami kata x demam.. masuk balik toilet nak tgk result.. Ya Allah. Double line yg sgt jelas.. Syukur Alhamdulillah.. Terima Kasih Ya Allah..

Tuesday, December 11, 2012

Letrozole

Salam..
Cycle ni mkn letrozole pulak.. start mkn CD2 till CD6. TVS ms CD 11 found ada satu telur di ovary kiri bersaiz 16 x 14.. nampak serasi.. then, TVS CD 14 size telo membesar lg jd 22 x 22mm.. Size telo yg da cukup matang.. bila2 ms pon boleh pecah.. so, cycle ni pas BD kena ngiring ke kiri plak.. last cycle kena ngiring kanan.. Doc bekalkan Letrozole utk 4 cycle terus.. Ya Allah, permudahkan segalanya.. If x berjaya, maka bermula la episod iui dlm hidupku.. Redha..