BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Sunday, January 29, 2012

CD 21: Backache & tender nips

Bismillah..
Hari sabtu ari tu (CD19), bangun2 pagi tetiba saya rasa sakit di bahagian belakang sblh kiri.. Dah la bangun lambat, sedar2 da jam 7.30pg, terkocoh2 la bangun, mandi and bersiap.. Masa tu dah rasa sakit.. Balik rumah still rasa sakit.. rehat je laa.. mlm still sakit, minta en suami tolong sapukan minyak panas kat bhgn sakit tu.. maybe salah tidur kot. Malam tu x dapat tidur nyenyak.. bila berubah kedudukan terasa sakit kat bhgn belakang tu.  Sebab sakit nak tido pon dapat, sy bangun.. Time bangun sakitnya. Sampai keluar air mata sy ni.. da x dapat tahan lg.. bersandar kat dinding dengan beralaskan bantal.. nangis sorg2 sebab sakit.. en suami tgh lena diulit mimpi lg.. nak tido balik x berani sebab sangat sakit.. pagi tu ajak en suami ke klinik.. sebab sy tgh on clomid, dr pon bg la ubat yg x berapa kuat.. ubat tahan sakit dan ubat sapu.. baru la berani nak mkn ubat sebab dr. da tau sy tgh on clomid.. Hari ni CD21 still sakit lg tp da beransur kurang maybe sebab sy mkn ubat thn sakit kot.. Pagi td pon seksa jugak nak bangun.. da rs mcm nak MC tp kuatkan semangt jugak untuk datang kerja. Nips pon da start sakit since beberapa hari yang lalu.. maybe tanda da nak period kot.. hari ni suhu badan ada naik sikit la.. semlm 36.4'c dan hari ni 36.6'c.. hope my suhu akan terus tinggi dan seterusnya membawa berita gembira. Amin

Friday, January 27, 2012

CD19 : Result BBT x ok :(

Bismillah,
Ok, hari ni CD 19. Sepatutnya, masa CD 17 saya kena TVS tapi Dr. Haida sent mesej kata x datang pon x pa.. Kalau period lagi, just datang klinik ambil clomid. Saya pon rely " Ok Dr".. Kalau ikutkan hati memang nak scan, saya nak tau di CD17 telur saya membesar sehingga saiz berapa.. Dah matang ke belum. Tapi, memandangkan Dr. da cakap macam tu, sy pon ikutkan je la. Maybe Dr. ada hal kot sebab sebab seminggu sebelum Dr. balik kampung. Lagi satu sebab napa saya nak scan adalah kerana BBT chart saya x menunjukkan yang ovulasi berlaku.. Sedih betul. Since CD1 sampai skrg suhu badan saya plg tinggi pon 36.5'c.. Plg rendah 35.8'c yang saya perolehi masa CD16. Huhu.. Kalau x berjaya lagi, kena makan clomid lagi la untuk 3rd cycle. Hari ni bangun lambat, x sempat amik suhu. My BBT chart setakat ini.

Saturday, January 21, 2012

CD13 : Sedih

Bismillah,
Sedih. Kecewa. Terasa seperti usahaku untuk bulan ni sia-sia.. X dak mood.. Ya Allah, bantulah hambamu ni, permudahkan urusanku Ya Allah.

Thursday, January 19, 2012

Today CD11, story CD9

Bismillah..
Alhamdulillah, hari ini CD11 saya. On CD 9 aritu, saya da jumpa Dr. Haida. Hasil dari TVS tu ovari kanan saya berjaya menhasilkan dua biji telur bersaiz lebih kurang 10 or 11mm, dan sebiji di sebelah kiri juga bersaiz lebih kurang 10mm.. Dr. cakap size macam tu da ok da untuk hari kesembilan ni.. At first tu, Dr. nampak satu biji di sebelah kiri dan satu biji di sebelah kanan.. dia cakap "Haih, mahalnya telur awak".. haha.. ye la, mana x mahalnya, dengan bantuan 100mg clomid sehari pon hanya dua tu je yang berjaya membesar... godek punya godek jumpa lagi satu di sebelah kanan.. Harap ketiga2 telur ini akan terus membesar sehingga matang... so, start CD11 ni bolehla ber'baby dancing'.. tapi, dr cakap selang sehari.. haha.. berharap sangat berjaya untuk 2nd cycle ni..

Best dengan Dr. Haida.. Actually, hari rabu tu dia cuti... tapi, dia datang jam 6 ptg tu just untuk buat TVS sy saja.. Esoknya dia balik kampung seminggu, so saya x dapat la TVS lg untuk CD14 nnt.. dia mintak saya datang pd 26hb, iaitu CD17.. tapi, katanya kalau nak scan on CD14 which falls pd CNY holiday pon boleh, Dr. Nadia kot bertugas... tengok la macam mn... kalo rajin and nak tgk size telur berapa pada CD14, saya pergi la kan..

Tapi, yang saya gak pelik la.. my BBT sy asek 36.2'c... isk, normal ke camtu... macam flat je suhu saya tu... x sabar nak tengok suhu naik tinggi yang bermaksud ovulasi bermula.. huhu..

Monday, January 16, 2012

CD8

Bismillah..
Ok, hari ini adalah hari ke 8 dalan kitaran period saya.. saya sudah ber BBT since hari kedua period tp tersilap cara, keluarkan dari mulut sebelum ia berbunyi "tit tit tit".. heheh.. so, start hari ketiga till now, saya berjaya bangun dan amik suhu... yang pasti saya belum ovulate sebab suhu badan saya masih dibawah 36.5'c... excited nak tengok graph BBT untuk satu kitaran period.. macam mn agaknya pola graf saya tu.. BBT chart saya setakat ini

Esok, CD9 saya sekali lagi akan ke Klinik Mahsuri untuk buat TVS. Berharap sangat telur saya akan membesar dan matang dengan jayanya.. if esok masih kecil, saya kena lakukan sesuatu.. maybe kena minum susu hi-goat or minum madu.. cant wait for tomorrow!!! kali ni saya lebih bersedia.. tp, agak ralat sebab sy x habiskan 2 biji clomid.. sebabnya sy pergi bercuti ke cameron highland and timetable mkn saya lintang pukang sampai terlupa kena makan ubat... huhu

Tuesday, January 10, 2012

Berangan kejap

Bismillah,

Baru kejap tadi buka blog and nampak sorg TTC blogger yang saya dok follow cara dia TTC da preggie.. Alhamdulillah.. dah tiba masanya Allah nak bg rezeki kat dia.. Since sy follow blog mereka2 yang sedang TTC, dah agak ramai jugak yang berjaya.. semoga sempena tahun baru ni ada sesuatu yg gembira menanti kami di penghujung tahun 2012 iaitu lahirnya zuriat kami sendiri. Amin..

Berangat sekejap la.. Seandainya usaha kami bulan ni membuahkan hasil, saya bakal melahirkan anak pada 16/10/2012.. Ya allah, indahnya saat itu.. Rindu sangat nak melalui saat2 mengandung sekali lg.. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. perkenankan hambamu ini Ya Allah.. kurnikanlah kami zuriat yang soleh dan solehah ya Allah... sesunguhnya Engkau Maha mendengar lagi Maha mengetahui...

CD 2 : Happy dengan period kali ni

Bismillah,
Saya gembira la ngan period kali ni.. walaupon sakit segalanya tapi saya puas.. da hampir 2 tahun saya tunggu simptom2 PMS dan sakit time period.. sampai da tahap rindu da... dan kali ni saya merasainya... period pon banyak, sampai da bocor2 da... walaupon mungkin ia kesan dari clomid, tapi saya mengharapkan ia akan kembali normal... dan yang pasti saya dapat meneruskan treatment dengan on clomid for 2nd cycle...

Semalam saya keluar g Guardian untuk beli EPO dan Digital Thermometer.. Disebabkan saya mkn clomid yang bersifat 'kering', jadi sy perlu la makan EPO untuk selesa bersama suami dan memudahkan sperm yang kiut2 tu berenang.. hahaha... Hope bulan ni saya dapat jumpa White Egg itu.. sungguh excited untuk melalui cycle ini.. Digital thermometer tu plak sy beli sebab nak belajar buat BBT Chart.. sy x mahir dan faham lg sebenarnya, tp for the time being sy cuba catat dl suhu badan sy dengan meletakkan thermometer di bwh lidah setiap kali bgn pagi.. kalo x paham jugak nnt sy tanya doc.. hehhe.. sekurang2nya saya ada ilmu baru yang dipelajari..

Ya Allah, berkatilah dan permudahkan la urusan hambamu ini.

Monday, January 9, 2012

CD28 : Period

Alhamdulillah...
I'm PERIOD at CD28.. patut la sakit perut and breast semacam je.. sakit ni la yang sy alami setiap kali period before preggie 2 yrs ago... dan 2 tahun slps itu saya da x rasa lagi dan biasanya saya period tanpa sebrg signal.. keluar byk2 pon x pa, bg cuci rahim tu sikit.. Esok, saya boleh la ambil clomid untuk dos 100mg.. bersedialah untuk sakit kepala... yess, im ready for it...

CD28 : Mood swing dan sakit perut

Bismillah..
Ok, hari ni CD28. Since CD24 until now perut saya sakit macam sakit masa period tu..  sakit macam "rahim nak jatuh".. x tau mcm mn boleh dapat ayat mcm ni and actually tak tau pon rasa rahim nak jatuh tu macam mn kan.. tapi camtu lah perumapamaan dia..huhu.. breast still sakit tp x sesakit beberapa hari yang lalu...  mood swing, x dak mood nak bekerja and buat ot, tenaga macam x bermaya... cepat sejuk.. da 3 hari saya tidur pakai stokin, x tau la mmg cuaca sejuk skang ni or mmg sy terlebih rasa sejuk.. aritu seram sejuk, mandi siap menggigil2, tenaga pon x dak... owh, inikah kesan clomid.. banyak sungguh, baru dos 50mg.. next cycle 100mg mcm mn la agaknya... yang saya x rs lagi cuma pening sebab Puan Doktor minta sy makan waktu malam.. so, pening tu happened waktu tidur.. hehe.. untuk dos 100mg sy kena makan selepas mkn tengahari and slps mkn malam.. mkn hari ke 2 period until 6th day period.. and mkn waktu heavy flow period.. takut jadi macam hari tu... so, hari tu act  x tau telur x membesar sebab x cukup dos or salah mkn waktu x period.. maybe coklat2 tu sebenarnya bukan period...

okeh2, this cycle sy kena lebih rajin lg.. since semalam saya makan semula VCO... once period, sy nak mkan EPO juga.. sebab thru my 1st experience on clomid, ia membuatkan miss V kita kering dan x selesa untuk bersama... dari pembacaan saya, EPO ni menghasilkan Cervical Mucus.. and diorg berjaya jumpa White Egg slps makan EPO.. Ya Allah, seriusly saya da lama x jumpa White Egg.. rs macam before kawin dl je saya penah tgk... bila ada White Eggg sekurang-kurangnya kita boleh tahu masa tu Ovulation sedang berlaku kan..
Saya juga nak beli ovulation kid, looks lime pregnancy kid.. if ovulation sedang berlaku, 2 lines will appear on ovulation kid... test boleh dibuat 3 hari selepas on clomid terakhir, means hari 9, 10, 11... Ya Allah, hope sangat kali ni berjaya... pls dont stress and keep pray n doa...

Wednesday, January 4, 2012

Asyik2 cerita pasal preggie.. BOSAN!

Bismillah,
Ni sesi luahan perasaan..

Oleh kerana, ramai rakan2 sy di ofis ni yang sedang pregnant, so asyik2 nak citer pasal preggie... Pasal nak bersalin kat mn la, alah la, x selera nak mkn la, baju2 baby la.. Argggghhhh!! Bosan n menyampah... Nak cerita bukan x boleh, tapi tiap2 hari.. on the way nak g lunch cerita pasal tu, tgh makan cerita pasal tu.. hilang rasa selera mkn ni... Rasa nak beli mkn siap2 pagi n tengahri x yah nak keluar mkn..  Pls laaa... x payah la ari2 nak cerita... yang baru preggie 2 bulan pon nak cerita macam2.. semoga bila sy preggie nnt, sy akan lebih prihatin and sensitif dgn org yang masih belum preggie...

Next cycle sy buat treatment kedua.. sy akan cuba beli mkn siap2 mkn tengahri or bw bekal dr rumah.. dan nak elakkan dari pergi kenduri saudara-mara or sebagainya.. tujuan sy buat mcm ni adalah untuk menjaga perasaan saya dari rs stress disebabkan oleh soalan2 org dan jugak cerita2 pasal preggie tue.. Sekian!