BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Thursday, December 29, 2011

CD17 : Hasil TVS

Bismillah..
Semalam balik sharp kul 5, sbb ada appointment ngan Dr. untuk buat TVS.. ms on the way tu mesej Dr. Haida, bg tau dia sy n suami da otw ke klinik. then, dia reply.. "sorry Sarimah, hari ni Dr. Sim bertugas.. nnt sy bgtau dia, ok x?" sy reply balik "ok".. dalam hati, alamak Dr. Sim ni laki ka pompuan.. da sampai, bg IC kat kaunter, sempat tanya staff tu, Dr. Sim laki ke perempuan.. staff tu jawab "perempuan".. Lega! hehe.. segan cek tau kalo laki...

x da patient lain pon ms sy sampai tu.. so, da naik tingkat atas terus nama kena panggil.. Dr. Sim bg tau yang Dr. Haida da call and citer kat dia.. masa buat TVS tu, apa yang saya dapat lihat telur yang terhasil slpas makan clomid 50mg macam x bertindak balas pon.. belah kanan semua kecik2, sebelah kiri yang plg besar pon size 11mm.. sepatutnya kena 18mm-19mm.. sedih... sy xleh nak sorok perasaan sedih sy, air mata pon keluar... 1st cycle sy on clomid x berjaya... Dr. Sim cakap mungkin sbb period sy hari tu x period betul.. x de period yang heavy pon... ms saya sedih2 tu, dia cakap la jangan kecewa.. ia memang satu proses yang panjang.. so, Dr bg saya clomid untuk 100mg sehari.. tunggu period yang banyak br makan.. Apapun, nak bg tau sy suka jugak Dr. Sim ni.. 

Before buat TVS, sy bg tau da beberapa hari breast sy sakit.. so, jawapan Dr. sama macam sy baca kat blog/forum (x ingat da).. so, pasni x yah risau2 da and jgn terlalu cepat membuat andaian. :p

Bila da tau x berjaya ni, x sabar plak nak tunggu period.. lambat lg.. huhu..

Tuesday, December 27, 2011

CD15 : Mungkin kesan clomid

Bismilllah..
Ok, malam tadi google2 pasal kesan clomid.. Ada jugak yang kata clomid boleh menyebabkan rasa sakit pada payudara. so, terus rasa macam.. hrmmmm, apa yang aku rasa ni mungkin sbb clomid la kot.. jgn mengharap okeh... nnt kiciwaa! TAPI, kalau ada rezeki, alangkah gembiranya rs hatiku...

Nak catat jugak kat cnie, since semalam mengantuk agak pelik kat opis.. hari ni, sambil buat kira2 gaji untuk bulan satu (advantu tu sbb inc byk, Alhamdulillah) boleh plak terlelap.. haih, mintak2 ni pon tanda dia... hehe..

Esok bakal terjawab segalanya... samada preggy or not.. kalo x, kena on clomid for 2nd cycle la..

Monday, December 26, 2011

CD 14 : Perubahan

Bismillah..
After 1 cycle on clomid, since smlm sy rasa ada kelainan pada my breast.. x nak fikirkan apakah ia berhasil walaupon terselit sedikit harapan, tapi seriously ini kelainan yang saya rasa.. my nipple jadi agak sensitif.. sakit bila terkena pada sentuhan even pada baju.. dah lama x rasa macam ni...

Its ok, segalanya bakal terjawab 2 hari ja lagi.. Harapannya, saya balik kampung Jumaat ni, ada berita gembira yang akan disampaikan pada parents.. Ya Allah, perkenankanlah doa hambamu ini.. Aminn..

Tuesday, December 20, 2011

CD9 :: Kecewa ::

Bismillah..
Hari ni adalah hari kesembilan.. dengan ke'confus'an sy samada saya period or tak hari tu, yang paling risau kalo sy on clomid ari tu hanya sia2.. hope sangat 1st cycle on clomid ni berjaya.. tapi kalau x period, mana mungkin akan ada waktu subur yanga sy nanti2 tu kan.. nasib baik sy da buat rawatan ngan Dr. Haida.. sekurang2nya sy boleh tau hari tu sy period atau bukan.. owh, sungguh.. sy x sabar nak buat TVS.. TVS lah bakal menjawab segala persoalan yang terbit di fikiran saya sepanjang masa..

CD7 hari tu saya da beli pregnancy test.. sj try2 test, mana tau rezeki Allah nak bagi kan.. sebab keen dl pon preggie tapi period n period tu sikit2.. sbb saya juga period tapi sikit sgt tu, so nak try luck.. tapiiiii... kecewa... x pe la, usaha lg.. usaha tangga kejayaan..cayok2...

****en suami masih belum buat sperm test. hrmmmm..

Sunday, December 18, 2011

CD6 : Tak sihat

Bismillah..
Ari ni CD 6 saya.. Seperti saya cerita sebelum ni, ekceli saya pon x pasti samada sy period ke x.. langsung x dak langsung darah merah, hanya calitan light brown ari pertama, kedua dan keempat... sangat conpiussss.... and since yesterday, saya rasa macam x sihat.. sakit tekak mula menyerang.. bila, sakit tekak badan pon rasa x larat... musim kot... saya still makan clomid, lagi 2 malam kena abeskan clomid tu...  semoga x lama lagi kami akan dapat apa yang kami impikan... Amin

Friday, December 16, 2011

CD4 :: Confius

Bismillah..
Sambung cerita CD1.. Ptg tu, i call Dr. Haida dan bgtau dia yang sy da period.. So, dia suruh sy makan clomid esok malam sbb dia takut sy akan pening kalau makan siang... then, dia minta sy datang semula ke Klinik on 29/12/11 untuk buat TVS.. tapiiiiii, kemusykilan melanda plak.. until today, i just pakai pantyliner je.. hari pertama & kedua je i pakai pad & rasa rugi, then tukar pakai pantyliner.. sikit sangat.. tu pon coklat cerah je.. period ke ape.. haih, conpius2.. last mth pon macam ni jugak.. awal2 tu dlm 3 hari jugak coklat sikit2 ja.. then, mula bertambah dr sehari ke sehari until hari ke tujuh.. tapi, kali ni sikit sangat laa... skang da hari keempat...its ok.. saya akan mkn clomid jugak sampai abes & 29/11 nnt  boleh buat TVS.. see how telur akan berindak balas ngan clomid..

Tuesday, December 13, 2011

CD1

Bismillah..
Alhamdulillah, akhirnya hari ni saya period.. Genap 30 hari.. It means kitaran period sy semakin ok kan. Actually, kali ni ada juga tanda2 nak period. Beberapa hari ni saya ada rasa nyeri2 pada breast and ada rasa x selesa kat bahagian perut... saya terfikir jugak kot2 la bulan ni menjadi, tp nampaknya rezeki tu belum sampai lagi.. X apa, asalkan saya n suami da ada usaha untuk realisasikan impian kami..

Ptg ni, saya akan kol Dr. Haida nak bgtau hari ni my first day period.. so, dia akan bg date untuk saya jumpa dia untuk buat TVS... esok saya boleh on clomid... Ya Allah, semoga usaha awal kami ni berhasil.. Bantu kami Ya Allah...

*****Malam ni ada annual dinner kat Holiday Villa. Hope sy menang lucky draw yg best2 tu.. Amin :)

Monday, December 12, 2011

Yana preggie

Bismillah..
Baru kejap tadi dapat berita sorg lagi kawan saya preggie.. wah, bestnya dia.. after 6 mths , akhirnya Yana preggie.. happy for her.. dia duduk asing ngan suami dia.. dia kat cnie, dok Quarters kat Taman Selayang.. suami dia plak di Langkawi... yess, kali ni dapat berita org lain preggie sy x rasa sedih pulak..dalam hati kata "Alhamdulillah, rezeki diorg".. InsyaAllah, next.. maybe ME.. Amin...

Wah, nampaknya taon depan ramai yang akan bercuti 2 bulan.. seriesly, kat opis ni ramai sgt yg tgh preggie.. cepat la jangkit kat saya... Td, saja antar mesej kat cik hubby, saja ja nak duga dia.. hehhehe...

Me: Yana pulak pregnant.. huhu
Hubby : X pa la, kita kan dlm proses
Me : Thanks abg (sbb kali ni dia bg semangat) ^^
Hubby : Cayok2.. hehe
Me : Hehe

Ok, itu aja.. saya x sedih pon kali ni...hehe.. x sabar nak period, sebab nak mkn ubat subur.. and x sabar nak jumpa Gynea..

"Ya Allah, permudahkan segalanya"... Amin...

Sunday, December 11, 2011

CD27 - 1st Treatment

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, akhirnya saya da memulakan langkah pertama untuk mendapatkan nasihat & rawatan kesuburan.. Pagi td saya ke Poliklinik Mahsuri..Luckily, im the first one yang register, so dapat la masuk awal..  Gynea yang bertugas ialah Dr. Norhaida.. sy bgtau Gynea yang saya nak mengandung, pernah keguguran 2 tahun lalu dan sehingga kini still berusaha..Gynea terangkan secara detail kat saya berkaitan kitaran period.. disebabkan period saya tak teratur, jadi agak sukar untuk tentukan masa subur.. bulan lepas date period sy 15/11.. bulan ni x tau la bila nak period.. kalo ikut tarikh tu around 15/12 la kan.. Gynea kata kalo period, hari pertama period tu kol dia sebab dia nak set appointment untuk jumpa dia buat TVS.. dia minta sy mkn clomid hari kedua period sampai hari keenam period.. clomid ni bertujuan untuk meransang ovari keluarkan telur.. then, lps tu akan buat Trans Vaginal Scan (TVS) untuk kenalpasti samada telur saya dah matang atau belum.. untuk hari ini, Gynea just scan perut dan ambil darah sahaja.. hasil dari Trans Abdomen Scan (TAS), Gynea cakap rahim sya bentuk pear, berkedudukan normal.. so, x dak apa mslh disitu.. darah diambil untuk uji hormon dalam badan saya.. hope itu pon ok.. kemudian, Gynea minta husband saya juga ujian sperm, nak tgk samada kualiti dan kuantiti sperm normal atau tidak.. sangat puashati jumpa Gynea hari ini.. kos perubatan untuk hari ni adalah sebanyak RM110.. ubat yang dibekalkan adalah Clomid dan Asid Folic untuk 3 bulan... thats all. :)

Friday, December 2, 2011

CD18

Salam,
Harini CD ke 18.. Even sy blom jumpa doc & terima rawatan lanjut berkaitan kesuburan tapi sy nak catat jugak kat cnie... next cycle day sy nak jumpa doc and tanya pendapat doc samada sy boleh on clomid.. sy x begitu arif lagi pasal benda2 ni.. bila baca geng TTC ni punya experience, saya begitu kagum dengan mereka.. ternyata saya begitu ketinggalan kerana x dak usaha ke arah ctue.. mungkin saya kurang pendedahan mengenai benda ni.. so, start today sy nak baca blog2 mereka yang yang ber TTC... seronok tgk mereka2 yang da berjaya preggy setelah mengharungi satu demi satu rawatan... debaran, penantian, kekecewaan, kegembiraan, macam2 perasaan mereka telah alami.. saya harap penantian saya akan berakhir x lama lg, x kisahlah thru rawatan or semulajadi.. semoga sy berjaya.. gd luck Iema, u can do it.. 

Doa untuk zuriat


Umat Islam digalakkan berdoa kerana ianya merupakan otak ibadah. Di dalam AlQuran terdapat himpunan doa-doa yang diberi oleh Allah untuk kita bacakan setiap hari.

Ikutilah contoh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Zakaria a.s., masing-masing tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh. Mereka diduga sehingga usia yang tua dan  uzur sebelum mendapat zuriat.

Doa Nabi Ibrahim a.s.

Allhuma innaka ta'lamusirniiwa'alaa niyati faqbul ma zrotii wa ta'lamu haajatii fa a'thinii su'lii wa ta'lamu maa fii nafsii faghfir lii zanbii

Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku,
berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.’

Doa Nabi Zakaria. a.s.

Robbi laa tazar dan wantakhoirul waaa rithiin

1. Tuhanku, janganlah engkau tinggalkan daku seorang diri padahal engkau Tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi

Surah Al-Anbiya:21:89

Robbi hablee miladunlakaa zurritontoiyiban innaka samii uddoa

2. Tuhanku, berilah kepadaku dari sisi-mu keturunan (anak) yang baik, sesungguhnya engkau Tuhan yang sangat mendengar doa

Surah Ai Imran 3:38 
 
Doa sebelum persetubuhan

BIsmillahi Allhuma jannibnas syaithoona wa jannibis syaithoona maa rozaqn tanaa.

Dengan nama Allah , Ya Allah ! jauhkanlah kami daripada syaitan dan juahkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami (anak) 

Doa ini amat penting diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri bacaan doa sebelum melakukan persetubuhan demi untuk menghindar dari gangguan syaitan keatas janin kerana diriwayatkan bahwa setan boleh menganggu apabila pembentukan janin berlaku.Mungkinkah ini yang menyebabkan kecacatan pada janin dan kehamilan Molar.

Thursday, December 1, 2011

Entry pengenalan n luahan perasaan

Assalamualaikum..
Ini adalah my 2nd blog, specially created untuk saya luahkan perasaan dan usaha2 yang dilakukan untuk conceive.. Terciptanya blog ini disebabkan saya x merasakan blog utama saya sesuai untuk saya catat isi hati saya yang sedang kecewa, stress dan sedih bila melihat ramai rakan2 di pejabat dan juga bff sedang preggy skang ni.. dua orang rakan baik sy sedang preggy anak kedua.. Ya Allah, seperti batu besar menimpa saya ketika my bff share berita kehamilan dia ni.. ya, im happy for her but a bit terasa sebab mereka x sensitif dengan perasaan saya.. i dont mind kalo juz nak bg tau, tp satu demi satu email yang masuk ke inbox saya membuatkan saya menitis air mata... inilah dugaannya... sampai sy terpaksa email one of my friend minta dia keluarkan nama sy dari nama penerima email.. sorry to do that, i dont mean it but i hurt.. i cant.. sehari sy menangis di office, balik menangis kat husband.. i know my husband sedih tgk sy macam tu tp dia x pandai nak meredakan or motivate me.. so, terpaksa la motivate diri sendiri.. luckily, kat office dua kawan satu dept ngan sy turut mengalami nasib yang sama..merekalah yang memberi kata2 semangat untuk saya... walaupon, sukar untuk menelan kepahitan tu tp saya harus laluinya dengan reda.. i admit, sebelom ni sy dah x berapa nak kisah sangat pasal baby, tp semenjak beberapa bulan ni ramai sangat rakan sepejabat mendapat berita gembira tu.. yang baru kahwin cepat je dapat baby, yg da dapat anak pulak menmbah bilangan ahli keluarga.. ya, itu rezeki mereka.. sy percaya saya ada rezeki itu, tapi mungkin lambat.. kadang2 saya merasakan saya telah membuang masa.. dua tahun setengah kahwin tp still x dak baby.. umur da la semakin meningkat.. nx year da cecah angka tiga kat depan.. ya Allah, satu perkara yang sangat menakutkan saya ketika dalam tempoh berpantang selepas keguguran dl.. dan ia2 benar terjadi kini... dalam blog utama saya ada buat target yang taon ni saya nak preggy tapi until now x dak tanda2 itu pon... even sy and husband dan duduk serumah since december taon lepas tapi sehingga skang kami masih belum berjaya... ya, mungkin usaha saya x cukup, doa saya x cukup, ikhtiar saya x cukup, semangat saya x cukup.. kali ini, saya berazam untuk mencuba bersungguh2, nak dapatkan rawatan and nak doktor monitor perkembangan hormon saya.. sebelum ni period saya x teratur, kadang2 3 bulan baru period, kadang2 terpaksa makan ubat jalan period, penah juga pergi berurut untuk bagi period.. nampaknya x berkesan.. then, dalam bulan 6 taon ni saya ada pergi jumpa Dr (Puan) Gangga, selepas scan segala Dr. cakap saya x dak masalah apa, semuanya dalam keadaan normal.. dia mintak saya turunkan berat badan dan pergi exercise... selepas berdiet dan g aerobik, period sy pon turun semulajadi tanpa menggunakan ubat jalan period... sejak tu  kitaran period semakin baik walaupon kadang2 dia buat hal jugak... bermula sekarang sy kena rajin.. sy kena rajin makan asid folic yang da lama saya tinggalkan, kena rajin makan VCO yang asben beli sebanyak 3 botol tapi dah lama x sentuh, nak beli EPO dari farmasi sebab ramai ckp bagus untuk stabilkan hormon... saya nak jumpa Dr Gangga lagi untuk buat rawatan susulan, sy nak dia monitor saya punya kitaran period. Yang penting, saya kena melibatgandakan ibadat dan doa kepadaNya..  "Ya Allah, berkatikanlah usahaku dan berikanlah aku kekuatan untuk menhadapi hari2 mendatang, kepadamu tempat aku mengadu dan memohon pertolongan, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"