BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Tuesday, March 27, 2012

CD5 : OD & SA

Bismillah,
Hari isnin ritu CD3, sy n en suami MC.. en suami MC sebab pergi hospital untuk buat Semen Analysis.. sy pulak MC sebab sakit urat and period pain.. Sakit urat gara2 beraerobik x berenti.. en suami ckp da over aerobik tu.. hehee.. bila balik dr hospital, boleh pulak en suami lupa nak mintak MC dr doctor bertugas.. so, SMS la Dr. Haida kata nak amik MC dr dia.. lps breakfast, sy n en suami keluar untuk bayar deposit Alza kat Perodua Simpang Kuala. Then, dpt SMS dr Dr. Haida minta kitorg dtg Bilik 45.. so, da settle pasal kereta, terus gerak g Hospital Sultanah Bahiyah.. Pergi bhgn O&G. Dr buat MC untuk suami,sy pon mintak MC sekali.. hehhe.. baik sungguh Dr. Haida ni.. kemudian, sy confirmkan dengan dia untuk buat Ovarian Drilling pada 10/06/2012.. 4 hari pas ulangtahun perkahwinan ketiga kami.. sy ckp ngan en suami, operation tu hadiah anniversary sy.. huhu.. mudahan-mudahan segalanya berjln lancar dan sinar cahaya akan menjelma x lama lg.. berharap sgt untuk preggy before operation tu..

Semalam, pas kerja jln2 g Tesco untuk beli barang rumah... Saja pegi bahagian kesihatan, tetiba terpandang EPO 500mg.. size dia kecil2.. yeeeeaaayyy.. Alhamdulillah, jumpa juga.. sebelum ni asek nampak yg 1000mg je.. sy penah beli 1000mg punya tp da bg kat kwn sy sebab tekak sy x leh nak msk ngan EPO 1000mg tu... So, da start mkn EPO mlm td.. sekali 2 biji, 3 kali sehari.. abes period ni, leh start mkn vitex pulak..Ya Allah, permudahkan urusanku untuk memiliki zuriat sendiri.. Amin Ya Rabbal Alamin...

Monday, March 19, 2012

CD 37 : O beralih kedudukan


Bismillah,
Bila keyin suhu smlm dan hari ni, tetiba O bertukar tempat dari CD29 ke CD31...  Tgh syok2 counting DPO, sepatutnya DPO8, tukar jadi DPO6.. Kalau betul CD31 pon saya suka sebab ada BD time tu.. InsyaAllah, kalau ada rezeki maybe dapat anak laki la.. hahah (berangan jap)

Tuesday, March 13, 2012

CD 32 : Yeayy, O da muncul

Alhamdulillah,
Saya da jumpa O pada CD29.. Tp, x tau la rezeki ada ke x kali ni sebab ms O tu kami x BD pon atas sebab suami sepatutnya perlu ke hospital untuk semen analysis.. Untuk ujian tu pasangan tak dibenarkan untuk BD 3 hari sebelum test dilakukan.. Sehari sebelum test, baru pihak hospital call bg tau appointment tu ditangguhkan. Adoii, rugi rsnya.. x pe la, kalau ada rezeki Alhamdulillah.. kalo masih belum rezeki, nx mth akan usaha lebih gigih lg.
Semalam, saya da boleh agak yg suhu sy akan naik hari ni.. sebab rasa badan panas je... rasa macam nak demam, badan letih je rasa.. sore nipples plak..ok, ini merupakan tanda bahawa ovulasi telahpon berlaku. dan sekarang saya da berada di luteal phase di DPO3. Sekurang2nya saya tau yg sy akan period x lama lg dan akan memulakan cycle baru dgn strategi yg baru.. heheh..

Fakta dr mudahhamil.com
Fasa selepas ovulasi dikenali sebagai fasa luteal kerana setelah ovulasi, korpus luteum mula menghasilkan hormon progesteron. Hormon progesteron adalah dominan pada fasa luteal. Ketika aras progesteron ini tinggi, suhu badan akan meningkat dan seterusnya lapisan endometrium dibina sebagai persediaan proses penempelan jika telur berjaya disenyawakan. Lapisan endometrium ini memainkan peranan penting bagi pertumbuhan janin dalam rahim. Oleh itu, jika seseorang wanita tersebut hamil, disebabkan aras Progesteron yang tinggi, suhu badan akan kekal tinggi sebagai inkubator terhadap janin yang terbentuk. Kitar haid akan tertangguh sehingga habis tempoh kehamilan.
Jika tiada persenyawaan berlaku, lapisan endometrium yang dipenuhi dengan saluran darah ini akan runtuh, maka darah bersama-sama dengan kandungan dinding endometrium yang runtuh ini akan keluar sebagai darah haid.
Fasa luteal juga dikenali sebagai Days Past Ovulation (DPO), Tempohnya adalah sekitar 12-14 hari.


Monday, March 12, 2012

CD31 : BBT chart - Cycle 2 CD31

Bismillah..
Smlm dapat call dr Hospital Sultanah Bahiyah, PIC untuk semen analysis en somi bz di dewan bedah hari ni, so dia postpone appointment tu ke 26/3/12.. Saya sambut berita tu gumbira sekali... kenapa? sebab sy rs mcm sy baru nak O je ni.. rugi rsnya kalo graf BBT menunjukkan sy O tapi x leh nak BD..bukan rasa2 lg, memang rugi la kan.. kalo suhu sy naik esok, garisan merah berpalang tu akan keluar di CD29.. kalo O sebelum tu sy sempat BD CD27 je. harap2 ada la rezeki sy cycle ni..  andai masih belum rezeki, cepatkanlah daku period supaya daku dpt memulakan cycle baru dengan semangat dan strategi yang baru.. okeh, itu aje.. aja2 fighting... smileeeeee (^__^)

Sunday, March 11, 2012

CD30 : Quick update

Bismillah,

-Today da CD30, tp O still belum muncul2..
-Hari ni suhu ada sket turun, tp x leh nak BD, hubby ada sperm test esok..
-Nipple da start sakit since 2 hari lepas
-Guna lumiglow da 4 hari, hubby pakai since smlm..
-Vitex x leh nak mkn lg sebab cycle ni on clomid.
-CM byk tp creamy je laa, maybe sbb mkn VCO hari2 tanpa gagal.
-Biras yg kawin bulan 6 last yr da dpt baby, sy ok je (ok, tipu).. hubby rahsiakan maybe takut sy sedih :)

That's all..

Monday, March 5, 2012

CD24 : Lumiglow & Vitex

Bismillah..
Lumiglow & Vitex da sampai.. Go go chaiyokk! Usaha tangga kejayaan!
Owh baby, come to ummi.

Sunday, March 4, 2012

CD22 : Adakah harapan itu masih ada

Bismillah,
Semalam sekali lagi saya g klinik untuk TVS.. kali ketiga untuk cycle ni. Telur2ku masih kecil.. Ya, sy keciwa tapi perlu control supaya tidak mengganggu hormon-hormonku.. Hrmm, apa dah jadi dengan cycle ni ye.. Amat berlainan dengan 2 cycle yg on clomid sebelum ni.

Andai cycle ni x berjaya, saya g tau Dr. untuk berehat dr treatment untuk cycle depan.. Sy nak cuba vitex pulak.. Kalo ikut Dr. dia nak bg clomid 150mg..  Dr. minta sy tetapkan bila sy nak buat Laps Ovarian Drilling. Selepas OD, maybe proceed untuk buat IUI.. Ya Allah, adakah sehingga peringkat itu aku harus lalui.. Sy x bg keputusan lg.. Antara ya dan tidak.. Kalau ya, sy nak buat bulan Jun.. Sekurang2nya, sy ada ms 3 cycle untuk mencuba sedaya upaya secara natural.. Ya Allah, bantulah hambamu ini Ya Allah.. Jangan biarkan daku dalam keadaan begini.. Tabahkan dan kuatkan aku untuk melalui ujian kecilmu ini..

Friday, March 2, 2012

CD21 :: Vitex and Lumiglow

Bismillah,
Alhamdulillah, saya da order 2 botol vitex dari HamilComel.. Smlm ms tgh mentenet sangat teruja bila dapat msg di FB dari HamilComel.. Dia tanya nak vitex tak? Stock terhad. Sy pon dengan kelam kabut reply 'nakkkkkk'.. panjang kan nak tu.. maksudnya sangat2 nak la kan.. da la berokband sy tu asek DC je.. geram betoiii.. nasib baik HamilComel dapat jugak msg sy tu.. Mula2 order satu je, tp bila teringat kwn2 yg sedang usaha untuk hamil jugak, beli la dua... Ye la, smlm pon carik lg kat Guardian simpang kola tp x de jugak.. Mungkin ini rezeki sy.. Ye la, rezeki untuk sy ikhtiar dengan cara ni pulak kan, tergerak hati HamilComel untuk msg sy.. Cycle ni x boleh la mkn Vitex lg sebab sy tgh on clomid.. Kalau cycle ni x berjaya, sy nak bgtau my Gynea sy nak berehat sekejap dari treatment.. Sy nak cuba Vitex + EPO + Lumiglow + Buah Zuriat + Susu Kambing + VCO + Pati Delima.. wuhuuuu, banyak tu!

Vitex! Yeayy, sy da beli.. Isnin ni baru HamilComel pos.. Harga 2 botol Vitex termasuk pos RM96..  Ms nak buat payment td, kwn sy nak order plak 15 kpg OPK.. so, sume sekali RM122.. tq hamilcomel sebab bg disc sket..

EPO! Hrmmm, yg ni masalah betul.. Sy menghadapi masalah untuk telan pil EPO 1000mg ni.. serius, bukan sy mengada-ngada.. huhu.. tapi, x boleh nak telan laa.. besaq sgt tau dak! cyce lps sy mkn la beberapa biji.. yg betul sy telan sebiji tu sebab sy tertelan ms tengok tv.. yg lain tu sume sy gigit sampai keluar minyak.. bebrapa kali jugak sy luah balik dlm tong sampah.. adoii, awat seksa sangat pon x tau laa.. blc tu sy hadiahkan kat kwn meja belakang sy ni ha.. konon2 sy nak beli baru 500mg punya dengan harapan pil tu kecik sket.. cari punya cari punya cari, x jugak berjumpa.. yang jumpa 1000mg saja.. bila tanya kat ms. guardian tu dia kata 1000mg ngan 500mg tu sama size cuma kuantiti minyak dlm tu yg x sama.. ok, sy terkena! nanti la sy beli lain.. hubby soh cucuk kuarkan minyak and minum ngan air.

Lumiglow! ok, ini pon sy baru order and da buat payment pon.. mlm td jugak msg Pengedar Lumiglow kat FB.. sebotol Lumiglow termasuk pos RM150.. yang ni bukan ubat mkn, just sapu kat bwh ari2.. tp, sy x tau lg detail cara penggunaan dia.. nnt sy baca..

Buah Zuriat! Buah ni mak sy pesan kat kwn dia ms kwn dia nak g umrah tahun lps.. dapat la 4 biji buah zuriat.. 2 biji sy da buat air tp hanya beberapa cwn je sy minum.. kalo ikutkan, kena rebus and minum air tu sehingga air tu berubah kaler dari coklat/kuning sehingga jernih. Tapi, tekak sy x dapat terim jugak air rebusan buah zuriat ni.. ye, tekak sy mengada-ngada lg.. huhu.. ada lg sepasang buah zuriat yg masih tersimpan.. lps ni, sy x boleh mensia2kan buah tu camtu.. Ingat senang nak dapat ke ha!

Susu kambing Hi-Goat! ok, susu ni sy da beli 2 minggu lepas.. Susu Kambing campuran madu dan kurma.. Sy berazam nak minum susu.. untuk pengetahuan (macam la ada org nak tau), sy mmg x minum susu. Sy pon x tau ms baby dl sy minum apa. kopi kot! huh! pakcik jual susu tu tersilap jual murah kat sy.. sekotak RM35.. bila kwn sy beli, harga RM40.. ye, rezeki sy le tu.. tapiiiiii! sy baru minum satu paket.. tu pon susu separuh paket campur 2 sudu besar milo.. masih berbau susu! aduhaiii, napa la tekak sy ni mengada-ngada.. sume x mkn.. sume x minum.. sy nak minum tapi x mampu.. huhu.. so, en hubby la yg abeskan.. dia mmg suka susu.
Ari tu kantoi ngan dia.. tiap2 hari before g kije sy amik satu paket mskkan dlm handbag.. bila dia tanya, sy ckp sy minum.. one day, cari kunci rumah x jumpa.. so, dia tolong carikan lg dlm handbag, tengok2 byk paket susu dlm handbag sy.. haha.. lawak disitu.

VCO! Virgin Cocomut Oil ni my hubby beli dari kwn dia 3 botol.. x ingat plak dia bayar berapa.. tapi, murah la sket dr biasa sebab kwn dia wat promotion.. yg ni kejap mkn kejap x mkn.. tp, since sy da belajr BBT and usaha secara serius untuk TTC, sy pon da mkn hari2.. sebelum ni memang selalu ngelat.. bila hubby tanya ckp sy mkn tapi sebotol pon berzaman nak abeskan.. ok, sekarang sy da x ngelat lg.

Pati Delima! Yg ni sy x beli lg.. baru mencari.. ada jual kat mn eh! bila bgtau hubby dia kata mkn je la buah delima. setiap minggu beli kat pasar malam.. yeayyy! buah ni sy suka.. nak mkn byk2..

Walau x suka mcm mn pon, nx cycle sy nak cuba semua. Ya Allah, permudahkan urusanku.

Ok, thats all. Tata Titi Tutu

*** mlm ni nak tgk bola kat stadium.. yuhuu (ok, x de kena mengena)