BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Tuesday, January 8, 2013

Misscarriage again

Bismillah
Hari ni hari keempat stlh disahkan kandunganku gugur.. Hari sabtu (5/1/13) keja half day, so tengahari balik rumah kejap then pegi rumah MIL.. pas makan sume, rehat2 kejap then sy masuk tidur.. Bila bangun tidur terasa basah. Bila tengok ada semacam darah cair.. Allahuakbar.. Terasa nak menangis da. Sy fobia tgk darah ms pregnant bukan sbb takut dgn darah tp sebab pengalaman lalu.. PM Dr Haida bg tau ada darah, then dia reply maybe infection di vagina.. x de apa kat kandungan.. hari tu hari sabtu, so klinik pakar di hospital x buka.. Sebab rs x puas ati, sy ajak En Suami pegi klinik. Bila scan kantung masih ada tp nampak samar2 je. Dr. Noriah kata kemungkinan kandungan da nak gugur.. Malam tu da nangis2 da, bersedia untuk terima sebarang kemungkinan..
Esoknya, bangun tido masih lagi bleeding. Ajak En Suami pegi hospital.. Dr. Haida scan dr abdomen da x nampak. Kat klinik smlm nampak lg. So, scan dr bawah plak.. Dr. x cakap apa, cuma dia tanya sapa Dr. pakar yg confirmkan sy pregnant hari tu. Sy ckp Dr. Muhrizah. So, dia panggil Dr pakar. Bila scan, Dr pakar ckp da xde.. Serta merta air mata keluar. Sedih sgt.
Dr. Haida bg MC seminggu. Dia ckp x perlu buat DnC, bg dia keluar sec natural. En Suami pon dpt MC 2 hari.. Bermulalah episod TTC semula slps ni.. Azam 2012 hampir tercapai tp nampaknya perlu dibawa utk azam tahun 2013.. Selain tu nak kurangkan berat badan, nak aktif, nak mkn mknn berkhasiat, minum air msk byk2 dan tanak minum ais (rasa sikit2 x pa la) hikssss.. Dua hari slps keguguran asek nangis gak la but since smlm rs emosi da ok.. Menangis bukan tanda x redha, tp ini merupakan tanda seseorang itu waras bila dapat berita sedih.. kalo gembira baru la namanya x waras kan..  Hari Jumaat nak tngkan fikiran, ajak En Suami pegi rehat2 tepi pantai da alang2 dapat cuti kan.. Suami ajak pegi Langkawi tp bila pk2 balik, kos dan masa..x jadi.. So, kami pilih Penang.  Da book Rainbow Hotel Beach Resort.. Amik bilik mengadap laut.. Semoga aura2 positif menyerap dlm diri ku dan akan bersemangat semula utk memulakan kerja..

0 comments: