BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Wednesday, February 29, 2012

CD19 : I'm PCOSer

Bismillah,
Smlm TVS lagi di CD18.. Dr. buat awal sehari sebab dia ada kije ari ni.. Menyedihkan, telo2ku masih bersaiz sama.. Cukup kecewa.. Dan smlm Dr. bg tau sy ada mild PCOS.. waaaa! sedih.. dan Dr. ada bgtau yang dia nak buat Operation Ovarian Drilling untuk Dye Test dan buang telo2 yang da jadi sarang telo di ovari.. Thru OD tu, Dr. akan tebuk satu lubang bersaiz 1cm di bawah pusat dan 2 lubang di kiri dan kanan ovari.. Serammm! Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat sebelum operation tu Ya Allah.. sekiranya itu yang perlu kulalui, kuatkan dan tabahkanlah hatiku Ya Allah.. x penah terfikir yang sy akan melalui ini semua... Perasaan gundah gulana.. :(

Ok bye.

Sunday, February 26, 2012

CD16: Hasil TVS smlm

Bismillah..

Assalam..
Ok, ini cerita pasal TVS smlm di CD15.. Sy datang awal pg jam 8 da ada kat kaunter klinik. Tp, ekceli klinik buka jam 9.. Tanya kat kaunter, "Dr Haida ke?".. Miss Recep tu ckp "Dr Zarina, ada appointment dr Haida eh, jap sy kol dia".. Dr Haida semlm bertugas kat Hospotal Sulatanah Bahiyah, tp nasib belum g hospital lg.. So, di dtg klinik sekejap untuk buat TVS kat sy. Dia da lupa sbnrny, biasa sy akan msg untuk confirmkan..

Bila TVS dilakukan, hasil sedikit mengecewakan.. sebenarnya, harapan sy terrrrrrrrrrlalu tinggi cycle ni.. sebelum TVS, sy sgt berharap dapat tengok telur2 yang besar terhasil kesan dr clomid 100mg tu... Apa yg sy fikir, kalau cycle lepas TVS di CD9, telur sy bersaiz 10/11mm.. skrg di CD15, mungkin telur sy da bersaiz 16/17mm.. sangat hampir untuk matang.. dan sy da x sabar untuk buat OPK..

TAPI, bila TVS dilakukan, saiz telur diukur, yang plg besar hanya berukuran 10mm.. how frustrated me! telur banyak tapi semuanya bersaiz kecil2.. whyyyyyy? ye, sy kecewa! sedih! badan sy x memberi respon yang begitu baik dengan clomid.. mungkin bila ini cycle ke 2 untuk clomid 100mg, dia da x memberi kesan... SEDIH! rs down!

Dr. Haida minta sy datang TVS lg pada CD19... harap sangat dapat lihat telur2 membesar dengan jayanya.. x pe la O lambat pon, asalkan sy berjumpa dengan O...  maybe cycle sy kali ni agak panjang.. kalo ikut dr hasil TVS smlm, sy menjangkakan sy akan O pada CD24/CD25..  x pe la, try n error je laa... sy da guna 2 stick OPK sebelum ni, rugi plak rasa.. huhu..

Rasa macam nak cari VITEX la hari ni.. tgk kesan Vitex kat mama nurry yang berjaya hamil tu amat la inspired me... sapa sangka dia akan subur pada CD41... it's miracle.. So, saya pon x akan putus asa dalam memburu O.. moga saya diberi ketabahan dan kekuatan dalam menempuhi usaha2 untuk menjadi ummi kepada zuriat2ku kelak.. permudahkan urusanku Ya Allah..

Satu lg, bulan 3 nanti En Hubby akan buat sperm test.. Dr. Haida da masukkan nama and buka buku untuk En Somi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.. tempat yang selesa berbanding buat sperm test kat BP Lab.. ada ke patut nak kena buat kat toilet, camna nak stim bak kata En Somi.. haha.. hopefully result tak mengecewakan... and i know memang sebenarnya masalah dtg dari sy.. hormon sy semakin ting tong since gugur dl..

Oklah, dats all.. (^__^)

Thursday, February 23, 2012

23 Nov 2012

Due date calculator results

Your baby will be born on or around Friday, November 23 , 2012
You are 1 weeks pregnant.

Saja2 masukkan date  saya period hari tu dlm baby center due date calculator, dan inilah keputusannya.. Saya akan due pada 23 Nov 2012.. Ya Allah,  bahagianya saya andai double line appear on my UPT di penghujung cycle nanti. 

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”-Surah Al Imram Ayat 38

Tuesday, February 21, 2012

CD10 : Harapan menggunung!

Bismillah..
Alhamdulillah, skrg sy da berada di CD10 dalam 3rd cycle.. agak excited untuk mengaharung cycle ni sebab nak tgk turun naik pola BBT sy untuk cycle ni.. Tertanya2 bila O akan berlaku, apakah sy akan jumpa EWCM cycle ni, apakah OPK sy akan dpt +ve dan apakah cycle ini sy berjaya mendapat +ve dalam UPT..bahagianya! Harap2 EWCM akan muncul jugak nnt walaupon sy x amalkan EPO bulan ni.. sedih plak sebab x mkn.. Nak mkn pon seksa rsnya.. sungguh, sy rasa EPO tablet 1000mg tu terlalu besar untuk melalui tekak sy ni.. huhu...

Ok, dengan bantuan BBT chart dan EW nanti, sy akan buat OP test bulan ni.. menurut rakan2 TTC, time yang sesuai untuk buat OPT ni dr jam 12pm till 7pm.. jgn minum air 3 jam sebelum buat test. Dan kalo line T x terang maknanya result dia adalah -ve.. if line T tu sama terang or lebih terang dr C, maknanya ia +ve.. telur akan keluar dalam tempoh 12-24jam selepas itu...ini apa yg sy paham la.

Semalam, sy beli susu Hi Goat dengan campuran kurma dan madu.. Hari ni br sy start minum.. Ya Allah, kuat gila bau susu kambing ni.. huhu.. terpaksa jugak la minum walaupon x suka.. Fikir untuk buat ubat je la.. Sy jugak da join group BBT Ratu Hatiku dalam facebook.. Byk info yg sy boleh dapat dr sifu2 TTC ni.. kalo x faham apa just tanya, nnt ramai la yg akan menjawabnya.. hehe..

Lagi 5 hari nak jumpa Dr. untuk buat TVS.. kali ni Dr. buat pada CD15.. Last cycle dapat buat pd CD9 ja sebab Dr. bercuti panjang time CNY tu.. Time CD9 tu telo sy membesar lebih kurang 10-11mm, then thru BBT chart tu menunjukkan sy O pada CD18.. maknanya betul la tu.. mengikut kata Dr. telur membesar lbh kurang 1mm satu hari.. kalau pada CD9 telur sy 10-11mm, maknanya pada CD18, telur sy da sebesar 19-20mm.. cukup matang untuk disenyawakan. Tapi, nampaknya masih belum rezeki lg.. Yeah, nx cycle mudah-mudahan rezeki berpihak pd sy. Amin, amin, Ya Rabbal Alamin.. agak2 sempat lg x untuk dapat baby 2012.. huhu.. InsyaAllah.. andai sampai masanya, Allah akan beri. Yakin ok!

Monday, February 13, 2012

CD3 : 2nd day on clomid for 3rd cycle

Bismillah...
Ok, hari ni da CD3 untuk cycle ni.. Last cycle panjang kitaran period sy adalah 33 hari and O pada CD18..
Tapi, nampaknya usaha perli ditingkatkan lg...

Suhu sy on CD34 (12/2) jatuh ke 36.4'c.. So, siap2 pakai pad la sebab sy kan tgh holiday kat Langkawi.. Dan seperti yang dijangka tengahari sy pon period..Suhu hari ni dan semlm 36.3'c..

Tuesday, February 7, 2012

CD30 : 12DPO

Bismillah..
Hari ni dah CD30. dan juga 12 DPO.. Suhu badan pagi ini tinggi dari sebelum2 ni iaitu 36.8'c. Smlm gosok2 perut dan baca doa.. Hope sangat usaha bulan ni berhasil.. Lg beberapa hari boleh la test guna UPT yang baru beli tu.. haha..Bestnya kalo ada berita gembira, boleh la sampaikan kat parent bila diorg sampai nanti.. hehe.. Sy jugak plan nak amik clomid sebelum pegi Langkawi.. Takut period masa kat sana pulak kan.

Yeayyy, lg sehari je nak kije. Then, cuti sampai isnin..

Monday, February 6, 2012

CD29 : BBT chart & 11DPO

Bismillah..
Kat atas ni my BBT chart setakat hari ini CD29... Suhu badan saya still tinggi pagi ni.. So, belum ada tanda nak period. Dan hari ni jugak saya da 11 Days Past Ovulation (DPO) if betullah saya ovulasi sekitar day 18.
Ekceli, saya sangat suka dengan pola BBT chart saya ni sebab saya tau ovulasi berlaku even masih belum rezeki. Dan walaupon ia nya terjadi mungkin sebab ubat yang saya ambil.. Hope one day BBT chart saya still macam ni or lebih polanya tanpa perlu ambil sebarang ubat kesuburan. Apepon, terselit dlm hati sy ni semoga sedikit usaha saya bulan ni berhasil. Ya Allah, kau kabulkanlah permintaanku Ya Allah. Hanya kepada tempatku memohon dan meminta pertolongan. Sesungguhnya Engkau maha mendengar lagi maha mengetahui. Amin.

Saturday, February 4, 2012

CD26 : Tunggu cik P

Bismillah..
Hari ni CD26. Terasa lama plak nak tunggu nx cycle. Kalo period jugak kali ni, kena la on clomid lg untuk 3rd cycle. Ya Allah, x sabarnya saya nak menyaksikan  double line on my pregnancy test. Minggu ni sy received 1 dozen Ovulation Test Kit & 1 dozen Pregnancy Test Kit yang saya beli dari blog hamilcomel. Nak test byk kali rasa berbaloi la sikit coz satu dozen tu berharga RM20.. rasa macan dis cycle saya jumpa Eggwhite tapi x pasti plak coz sy jumpa on CD22.. Yang sy baca dari blog TTCian lain, kalo on clomid biasanya dorg jumpa EWCM on CD10. X pe la, sekurang2nya saya da jumpa dia...  Cycle period sy bulan lepas 28 hari. Today da CD26, sakit breast da lbh kurang seminggu rasa tp kat ari2 x rasa apa2 lg.. Kalo lagi beberapa hari nak period biasanya da rasa da.. X pe la, sabar menanti.. Hope ia x muncul till 9 bulan nanti. Nx week nak g Langkawi with my family.. Excited nak bw mak ayah n adik2 jln2 Langkawi.