BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Tuesday, March 13, 2012

CD 32 : Yeayy, O da muncul

Alhamdulillah,
Saya da jumpa O pada CD29.. Tp, x tau la rezeki ada ke x kali ni sebab ms O tu kami x BD pon atas sebab suami sepatutnya perlu ke hospital untuk semen analysis.. Untuk ujian tu pasangan tak dibenarkan untuk BD 3 hari sebelum test dilakukan.. Sehari sebelum test, baru pihak hospital call bg tau appointment tu ditangguhkan. Adoii, rugi rsnya.. x pe la, kalau ada rezeki Alhamdulillah.. kalo masih belum rezeki, nx mth akan usaha lebih gigih lg.
Semalam, saya da boleh agak yg suhu sy akan naik hari ni.. sebab rasa badan panas je... rasa macam nak demam, badan letih je rasa.. sore nipples plak..ok, ini merupakan tanda bahawa ovulasi telahpon berlaku. dan sekarang saya da berada di luteal phase di DPO3. Sekurang2nya saya tau yg sy akan period x lama lg dan akan memulakan cycle baru dgn strategi yg baru.. heheh..

Fakta dr mudahhamil.com
Fasa selepas ovulasi dikenali sebagai fasa luteal kerana setelah ovulasi, korpus luteum mula menghasilkan hormon progesteron. Hormon progesteron adalah dominan pada fasa luteal. Ketika aras progesteron ini tinggi, suhu badan akan meningkat dan seterusnya lapisan endometrium dibina sebagai persediaan proses penempelan jika telur berjaya disenyawakan. Lapisan endometrium ini memainkan peranan penting bagi pertumbuhan janin dalam rahim. Oleh itu, jika seseorang wanita tersebut hamil, disebabkan aras Progesteron yang tinggi, suhu badan akan kekal tinggi sebagai inkubator terhadap janin yang terbentuk. Kitar haid akan tertangguh sehingga habis tempoh kehamilan.
Jika tiada persenyawaan berlaku, lapisan endometrium yang dipenuhi dengan saluran darah ini akan runtuh, maka darah bersama-sama dengan kandungan dinding endometrium yang runtuh ini akan keluar sebagai darah haid.
Fasa luteal juga dikenali sebagai Days Past Ovulation (DPO), Tempohnya adalah sekitar 12-14 hari.


0 comments: