BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Tuesday, March 27, 2012

CD5 : OD & SA

Bismillah,
Hari isnin ritu CD3, sy n en suami MC.. en suami MC sebab pergi hospital untuk buat Semen Analysis.. sy pulak MC sebab sakit urat and period pain.. Sakit urat gara2 beraerobik x berenti.. en suami ckp da over aerobik tu.. hehee.. bila balik dr hospital, boleh pulak en suami lupa nak mintak MC dr doctor bertugas.. so, SMS la Dr. Haida kata nak amik MC dr dia.. lps breakfast, sy n en suami keluar untuk bayar deposit Alza kat Perodua Simpang Kuala. Then, dpt SMS dr Dr. Haida minta kitorg dtg Bilik 45.. so, da settle pasal kereta, terus gerak g Hospital Sultanah Bahiyah.. Pergi bhgn O&G. Dr buat MC untuk suami,sy pon mintak MC sekali.. hehhe.. baik sungguh Dr. Haida ni.. kemudian, sy confirmkan dengan dia untuk buat Ovarian Drilling pada 10/06/2012.. 4 hari pas ulangtahun perkahwinan ketiga kami.. sy ckp ngan en suami, operation tu hadiah anniversary sy.. huhu.. mudahan-mudahan segalanya berjln lancar dan sinar cahaya akan menjelma x lama lg.. berharap sgt untuk preggy before operation tu..

Semalam, pas kerja jln2 g Tesco untuk beli barang rumah... Saja pegi bahagian kesihatan, tetiba terpandang EPO 500mg.. size dia kecil2.. yeeeeaaayyy.. Alhamdulillah, jumpa juga.. sebelum ni asek nampak yg 1000mg je.. sy penah beli 1000mg punya tp da bg kat kwn sy sebab tekak sy x leh nak msk ngan EPO 1000mg tu... So, da start mkn EPO mlm td.. sekali 2 biji, 3 kali sehari.. abes period ni, leh start mkn vitex pulak..Ya Allah, permudahkan urusanku untuk memiliki zuriat sendiri.. Amin Ya Rabbal Alamin...

Monday, March 19, 2012

CD 37 : O beralih kedudukan


Bismillah,
Bila keyin suhu smlm dan hari ni, tetiba O bertukar tempat dari CD29 ke CD31...  Tgh syok2 counting DPO, sepatutnya DPO8, tukar jadi DPO6.. Kalau betul CD31 pon saya suka sebab ada BD time tu.. InsyaAllah, kalau ada rezeki maybe dapat anak laki la.. hahah (berangan jap)

Tuesday, March 13, 2012

CD 32 : Yeayy, O da muncul

Alhamdulillah,
Saya da jumpa O pada CD29.. Tp, x tau la rezeki ada ke x kali ni sebab ms O tu kami x BD pon atas sebab suami sepatutnya perlu ke hospital untuk semen analysis.. Untuk ujian tu pasangan tak dibenarkan untuk BD 3 hari sebelum test dilakukan.. Sehari sebelum test, baru pihak hospital call bg tau appointment tu ditangguhkan. Adoii, rugi rsnya.. x pe la, kalau ada rezeki Alhamdulillah.. kalo masih belum rezeki, nx mth akan usaha lebih gigih lg.
Semalam, saya da boleh agak yg suhu sy akan naik hari ni.. sebab rasa badan panas je... rasa macam nak demam, badan letih je rasa.. sore nipples plak..ok, ini merupakan tanda bahawa ovulasi telahpon berlaku. dan sekarang saya da berada di luteal phase di DPO3. Sekurang2nya saya tau yg sy akan period x lama lg dan akan memulakan cycle baru dgn strategi yg baru.. heheh..

Fakta dr mudahhamil.com
Fasa selepas ovulasi dikenali sebagai fasa luteal kerana setelah ovulasi, korpus luteum mula menghasilkan hormon progesteron. Hormon progesteron adalah dominan pada fasa luteal. Ketika aras progesteron ini tinggi, suhu badan akan meningkat dan seterusnya lapisan endometrium dibina sebagai persediaan proses penempelan jika telur berjaya disenyawakan. Lapisan endometrium ini memainkan peranan penting bagi pertumbuhan janin dalam rahim. Oleh itu, jika seseorang wanita tersebut hamil, disebabkan aras Progesteron yang tinggi, suhu badan akan kekal tinggi sebagai inkubator terhadap janin yang terbentuk. Kitar haid akan tertangguh sehingga habis tempoh kehamilan.
Jika tiada persenyawaan berlaku, lapisan endometrium yang dipenuhi dengan saluran darah ini akan runtuh, maka darah bersama-sama dengan kandungan dinding endometrium yang runtuh ini akan keluar sebagai darah haid.
Fasa luteal juga dikenali sebagai Days Past Ovulation (DPO), Tempohnya adalah sekitar 12-14 hari.


Monday, March 12, 2012

CD31 : BBT chart - Cycle 2 CD31

Bismillah..
Smlm dapat call dr Hospital Sultanah Bahiyah, PIC untuk semen analysis en somi bz di dewan bedah hari ni, so dia postpone appointment tu ke 26/3/12.. Saya sambut berita tu gumbira sekali... kenapa? sebab sy rs mcm sy baru nak O je ni.. rugi rsnya kalo graf BBT menunjukkan sy O tapi x leh nak BD..bukan rasa2 lg, memang rugi la kan.. kalo suhu sy naik esok, garisan merah berpalang tu akan keluar di CD29.. kalo O sebelum tu sy sempat BD CD27 je. harap2 ada la rezeki sy cycle ni..  andai masih belum rezeki, cepatkanlah daku period supaya daku dpt memulakan cycle baru dengan semangat dan strategi yang baru.. okeh, itu aje.. aja2 fighting... smileeeeee (^__^)

Sunday, March 11, 2012

CD30 : Quick update

Bismillah,

-Today da CD30, tp O still belum muncul2..
-Hari ni suhu ada sket turun, tp x leh nak BD, hubby ada sperm test esok..
-Nipple da start sakit since 2 hari lepas
-Guna lumiglow da 4 hari, hubby pakai since smlm..
-Vitex x leh nak mkn lg sebab cycle ni on clomid.
-CM byk tp creamy je laa, maybe sbb mkn VCO hari2 tanpa gagal.
-Biras yg kawin bulan 6 last yr da dpt baby, sy ok je (ok, tipu).. hubby rahsiakan maybe takut sy sedih :)

That's all..

Monday, March 5, 2012

CD24 : Lumiglow & Vitex

Bismillah..
Lumiglow & Vitex da sampai.. Go go chaiyokk! Usaha tangga kejayaan!
Owh baby, come to ummi.

Sunday, March 4, 2012

CD22 : Adakah harapan itu masih ada

Bismillah,
Semalam sekali lagi saya g klinik untuk TVS.. kali ketiga untuk cycle ni. Telur2ku masih kecil.. Ya, sy keciwa tapi perlu control supaya tidak mengganggu hormon-hormonku.. Hrmm, apa dah jadi dengan cycle ni ye.. Amat berlainan dengan 2 cycle yg on clomid sebelum ni.

Andai cycle ni x berjaya, saya g tau Dr. untuk berehat dr treatment untuk cycle depan.. Sy nak cuba vitex pulak.. Kalo ikut Dr. dia nak bg clomid 150mg..  Dr. minta sy tetapkan bila sy nak buat Laps Ovarian Drilling. Selepas OD, maybe proceed untuk buat IUI.. Ya Allah, adakah sehingga peringkat itu aku harus lalui.. Sy x bg keputusan lg.. Antara ya dan tidak.. Kalau ya, sy nak buat bulan Jun.. Sekurang2nya, sy ada ms 3 cycle untuk mencuba sedaya upaya secara natural.. Ya Allah, bantulah hambamu ini Ya Allah.. Jangan biarkan daku dalam keadaan begini.. Tabahkan dan kuatkan aku untuk melalui ujian kecilmu ini..