Salam,
Lama da saya x jenguk rumah TTC sy ni.. Group BBT fb pon da lama saya x masuk.. Ubat & supplement pon da lama saya x telan.. lumiglow pon da lama saya x sapu, suhu pon da lama sy x amik.. apakah makna semua ni???? adakah saya sudah pasrah dan menyerah? adakah kerana saya da give up? adakah saya da menerima segalan ketentuan ini? sy pon x tahu yg mana satu patut sy kategorikan.. maybe lebih kepada give up.. after 3 cycles on clomid x berjaya, cycle ni sy telah rehat dr segala treatment yg melibatkan drugs.. just ambil herba supplement.. TAPI, nampaknye cycle saya menjadi bertambah huru hara... until now, CD48.. tanda2 nak ovulasi yg biasa berlaku iaitu sakit breast pon x de.. bila amik suhu pon mmg bukan suhu DPO.. sedih kan.. disaat sy da kesuntukan masa, ini pulak yag berlaku..
Bila kakak dept sy preggy after 11 yrs married, org mula kata next my turn.. ya, mudah-mudahah diperkenankan olehNya.. tapi, sy da mula rimas.. x payah ckp selalu boleh x? bila sy g surau, rehat skjp before smyg.. makcik tea lady kata x lama dah tu.. x lama lg loya2 la tu.. x lama lagi melepek la tu.. aduiiii, kadang2 rasa mcm kesiannya diriku ni.. asek jadi bahan je.. Ya Allah, tabahkanlah hatiku...
Td, saya x keluar lunch.. kwn2 sy pegi training, so sy pon mls nak keluar.. lgpon, kalo keluar sy x mkn byk pon.. biasa amik lauk berkuah and nasi dlm 2 sudu.. sy kan dlm proses nak turunkan berat badan.. so, masa kat pantry nak buat air milo, kwn chinese ada jugak.. dia kata x payah la diet, kak fitri x yah turunkan berat badan pon preggy.. kak fitri ni la yg br preggy stlh sekian lama menunggu tu.. then, dia ckp dia pon overweight tp mengandung jugak.. Ya Allah, sedih betul dengar ayat dia tu..dia mcm nak cerita yg senangnye dia mengandung tanpa perlu buat apa2.. sy ckp, ni semua rezeki masing2.. sy ada pcos, so salah satu usaha yg sy buat untuk preggy adalah dengan kurgkan berat badan.. ms tu suara sy mcm da nak tinggi sket.. sy geram betul dgn mulut2 org yg suke citer betapa sngnye diorg mengandung.. Untuk yg islam, jgn lupa ini adalah qada dan qadar Allah.. senang Allah bg, sng jugak Allah nak tarik.. sy bukan nak doakan yg x baik untuk sesape pon, tp tolong lah paham dan sensitif dgn perasaan org lain...
Disebabkan rs kecewa sy tu, sy ingat nak amik ubat turun period supaya sy dapat usaha dgn lbh untuk cycle terakhir sy before kena operate.. so, sy sms Dr. Haida tanya kot2 dia ada kat poliklnik Mahsuri.. dia reply sms kata da cuti bersalin.. x pe lah, esok sy pegi juga tp maybe jumpa Dr. Zarina kot..
Friday, May 11, 2012
CD48 : Sedih
Posted by iEmA at 5:55 PM 0 comments
Thursday, April 26, 2012
CD34 : Masih tiada tanda2 mahu O
Bismillah,
Baca balik post sebelum ni, rupanya x tepat langsung.. Ingatkan cycle ni graf akan cantik tp until now di CD34 masih tak ada tanda2 nak O.. sedih betul, cycle da semakin panjang.. sy da kesuntukan masa.. Ya Allah, Kau kuatkanlah semangatku untuk berusaha.. Kau permudahkan la urusanku untuk memperolehi zuriat..
Semalam dapat berita gembira dari akak same dept.. penantian dia dan suami selama 11 tahun untuk memperolehi zuriat sendiri bakal tercapai.. smlm sy tengok sendiri 2 line UPT yg dia buat kat office.. Ya Allah, sungguh indah berita tu kalo itu yg terjadi pada sy... doa sy moga beliau n kandungannya dipelihara olehNya.. semangat sy untuk berusaha kembali semula bila dapat tau berita gembira tu... betapa tabah dan sabarnye dia mengharungi 11 tahun dengan soalan2 cepumas yg agaknye sudah lali untuk didengar.. betapa byk air mata yg keluar saat mendengar berita2 gembira dr mereka2 yg br berkahwin dan bakal menjadi ibu tanpa melalui penantian yg panjang... penantianku kini yg hampir menjengah 3 tahun x lama lg sudah kurasakan terlalu lama. . Ya Allah, kuyakin. segala perancanganMu adalah yg terbaik..
Posted by iEmA at 12:23 AM 0 comments
Friday, April 6, 2012
CD15 : 3rd Cycle
Harini da CD15.. suhu turun naik sekitar 35.8 hingga 36.20.. base on experience 2 cycle sblm ni, sy mcm agak yg suhu kali ni lebih cantik dr last cycle.. kalo ikut ramalan FF, kotak hijau tua dr 9-11hb nnt sy akan fertile and ovulation diantara 12-28hb... FF predict berdasarkan BBT sy sebelum ni.. so, wait n see je la... hopefully, walaupon x on clomid telo sy akan membesar dengan jayanya.. start awal period till CD12 sy mkn EPO.. vitex br mkn sekali je.. huhu.. x sedap, nak termuntah.. adoiii, awat la susah sgt nak mkn ubat nih... Ya Allah, permudahkan urusanku untu memiliki zuriatku sendiri Ya Allah...
Posted by iEmA at 6:10 PM 0 comments
Tuesday, March 27, 2012
CD5 : OD & SA
Bismillah,
Hari isnin ritu CD3, sy n en suami MC.. en suami MC sebab pergi hospital untuk buat Semen Analysis.. sy pulak MC sebab sakit urat and period pain.. Sakit urat gara2 beraerobik x berenti.. en suami ckp da over aerobik tu.. hehee.. bila balik dr hospital, boleh pulak en suami lupa nak mintak MC dr doctor bertugas.. so, SMS la Dr. Haida kata nak amik MC dr dia.. lps breakfast, sy n en suami keluar untuk bayar deposit Alza kat Perodua Simpang Kuala. Then, dpt SMS dr Dr. Haida minta kitorg dtg Bilik 45.. so, da settle pasal kereta, terus gerak g Hospital Sultanah Bahiyah.. Pergi bhgn O&G. Dr buat MC untuk suami,sy pon mintak MC sekali.. hehhe.. baik sungguh Dr. Haida ni.. kemudian, sy confirmkan dengan dia untuk buat Ovarian Drilling pada 10/06/2012.. 4 hari pas ulangtahun perkahwinan ketiga kami.. sy ckp ngan en suami, operation tu hadiah anniversary sy.. huhu.. mudahan-mudahan segalanya berjln lancar dan sinar cahaya akan menjelma x lama lg.. berharap sgt untuk preggy before operation tu..
Semalam, pas kerja jln2 g Tesco untuk beli barang rumah... Saja pegi bahagian kesihatan, tetiba terpandang EPO 500mg.. size dia kecil2.. yeeeeaaayyy.. Alhamdulillah, jumpa juga.. sebelum ni asek nampak yg 1000mg je.. sy penah beli 1000mg punya tp da bg kat kwn sy sebab tekak sy x leh nak msk ngan EPO 1000mg tu... So, da start mkn EPO mlm td.. sekali 2 biji, 3 kali sehari.. abes period ni, leh start mkn vitex pulak..Ya Allah, permudahkan urusanku untuk memiliki zuriat sendiri.. Amin Ya Rabbal Alamin...
Posted by iEmA at 8:37 PM 0 comments
Monday, March 19, 2012
CD 37 : O beralih kedudukan
Bila keyin suhu smlm dan hari ni, tetiba O bertukar tempat dari CD29 ke CD31... Tgh syok2 counting DPO, sepatutnya DPO8, tukar jadi DPO6.. Kalau betul CD31 pon saya suka sebab ada BD time tu.. InsyaAllah, kalau ada rezeki maybe dapat anak laki la.. hahah (berangan jap)
Posted by iEmA at 1:37 AM 0 comments
Tuesday, March 13, 2012
CD 32 : Yeayy, O da muncul
Saya da jumpa O pada CD29.. Tp, x tau la rezeki ada ke x kali ni sebab ms O tu kami x BD pon atas sebab suami sepatutnya perlu ke hospital untuk semen analysis.. Untuk ujian tu pasangan tak dibenarkan untuk BD 3 hari sebelum test dilakukan.. Sehari sebelum test, baru pihak hospital call bg tau appointment tu ditangguhkan. Adoii, rugi rsnya.. x pe la, kalau ada rezeki Alhamdulillah.. kalo masih belum rezeki, nx mth akan usaha lebih gigih lg.
Semalam, saya da boleh agak yg suhu sy akan naik hari ni.. sebab rasa badan panas je... rasa macam nak demam, badan letih je rasa.. sore nipples plak..ok, ini merupakan tanda bahawa ovulasi telahpon berlaku. dan sekarang saya da berada di luteal phase di DPO3. Sekurang2nya saya tau yg sy akan period x lama lg dan akan memulakan cycle baru dgn strategi yg baru.. heheh..
Fakta dr mudahhamil.com
Fasa selepas ovulasi dikenali sebagai fasa luteal kerana setelah ovulasi, korpus luteum mula menghasilkan hormon progesteron. Hormon progesteron adalah dominan pada fasa luteal. Ketika aras progesteron ini tinggi, suhu badan akan meningkat dan seterusnya lapisan endometrium dibina sebagai persediaan proses penempelan jika telur berjaya disenyawakan. Lapisan endometrium ini memainkan peranan penting bagi pertumbuhan janin dalam rahim. Oleh itu, jika seseorang wanita tersebut hamil, disebabkan aras Progesteron yang tinggi, suhu badan akan kekal tinggi sebagai inkubator terhadap janin yang terbentuk. Kitar haid akan tertangguh sehingga habis tempoh kehamilan.
Jika tiada persenyawaan berlaku, lapisan endometrium yang dipenuhi dengan saluran darah ini akan runtuh, maka darah bersama-sama dengan kandungan dinding endometrium yang runtuh ini akan keluar sebagai darah haid.
Fasa luteal juga dikenali sebagai Days Past Ovulation (DPO), Tempohnya adalah sekitar 12-14 hari.
Posted by iEmA at 5:57 PM 0 comments
Monday, March 12, 2012
CD31 : BBT chart - Cycle 2 CD31
Smlm dapat call dr Hospital Sultanah Bahiyah, PIC untuk semen analysis en somi bz di dewan bedah hari ni, so dia postpone appointment tu ke 26/3/12.. Saya sambut berita tu gumbira sekali... kenapa? sebab sy rs mcm sy baru nak O je ni.. rugi rsnya kalo graf BBT menunjukkan sy O tapi x leh nak BD..bukan rasa2 lg, memang rugi la kan.. kalo suhu sy naik esok, garisan merah berpalang tu akan keluar di CD29.. kalo O sebelum tu sy sempat BD CD27 je. harap2 ada la rezeki sy cycle ni.. andai masih belum rezeki, cepatkanlah daku period supaya daku dpt memulakan cycle baru dengan semangat dan strategi yang baru.. okeh, itu aje.. aja2 fighting... smileeeeee (^__^)
Posted by iEmA at 10:13 PM 0 comments


