Assalamualaikum..
Ini adalah my 2nd blog, specially created untuk saya luahkan perasaan dan usaha2 yang dilakukan untuk conceive.. Terciptanya blog ini disebabkan saya x merasakan blog utama saya sesuai untuk saya catat isi hati saya yang sedang kecewa, stress dan sedih bila melihat ramai rakan2 di pejabat dan juga bff sedang preggy skang ni.. dua orang rakan baik sy sedang preggy anak kedua.. Ya Allah, seperti batu besar menimpa saya ketika my bff share berita kehamilan dia ni.. ya, im happy for her but a bit terasa sebab mereka x sensitif dengan perasaan saya.. i dont mind kalo juz nak bg tau, tp satu demi satu email yang masuk ke inbox saya membuatkan saya menitis air mata... inilah dugaannya... sampai sy terpaksa email one of my friend minta dia keluarkan nama sy dari nama penerima email.. sorry to do that, i dont mean it but i hurt.. i cant.. sehari sy menangis di office, balik menangis kat husband.. i know my husband sedih tgk sy macam tu tp dia x pandai nak meredakan or motivate me.. so, terpaksa la motivate diri sendiri.. luckily, kat office dua kawan satu dept ngan sy turut mengalami nasib yang sama..merekalah yang memberi kata2 semangat untuk saya... walaupon, sukar untuk menelan kepahitan tu tp saya harus laluinya dengan reda.. i admit, sebelom ni sy dah x berapa nak kisah sangat pasal baby, tp semenjak beberapa bulan ni ramai sangat rakan sepejabat mendapat berita gembira tu.. yang baru kahwin cepat je dapat baby, yg da dapat anak pulak menmbah bilangan ahli keluarga.. ya, itu rezeki mereka.. sy percaya saya ada rezeki itu, tapi mungkin lambat.. kadang2 saya merasakan saya telah membuang masa.. dua tahun setengah kahwin tp still x dak baby.. umur da la semakin meningkat.. nx year da cecah angka tiga kat depan.. ya Allah, satu perkara yang sangat menakutkan saya ketika dalam tempoh berpantang selepas keguguran dl.. dan ia2 benar terjadi kini... dalam blog utama saya ada buat target yang taon ni saya nak preggy tapi until now x dak tanda2 itu pon... even sy and husband dan duduk serumah since december taon lepas tapi sehingga skang kami masih belum berjaya... ya, mungkin usaha saya x cukup, doa saya x cukup, ikhtiar saya x cukup, semangat saya x cukup.. kali ini, saya berazam untuk mencuba bersungguh2, nak dapatkan rawatan and nak doktor monitor perkembangan hormon saya.. sebelum ni period saya x teratur, kadang2 3 bulan baru period, kadang2 terpaksa makan ubat jalan period, penah juga pergi berurut untuk bagi period.. nampaknya x berkesan.. then, dalam bulan 6 taon ni saya ada pergi jumpa Dr (Puan) Gangga, selepas scan segala Dr. cakap saya x dak masalah apa, semuanya dalam keadaan normal.. dia mintak saya turunkan berat badan dan pergi exercise... selepas berdiet dan g aerobik, period sy pon turun semulajadi tanpa menggunakan ubat jalan period... sejak tu kitaran period semakin baik walaupon kadang2 dia buat hal jugak... bermula sekarang sy kena rajin.. sy kena rajin makan asid folic yang da lama saya tinggalkan, kena rajin makan VCO yang asben beli sebanyak 3 botol tapi dah lama x sentuh, nak beli EPO dari farmasi sebab ramai ckp bagus untuk stabilkan hormon... saya nak jumpa Dr Gangga lagi untuk buat rawatan susulan, sy nak dia monitor saya punya kitaran period. Yang penting, saya kena melibatgandakan ibadat dan doa kepadaNya.. "Ya Allah, berkatikanlah usahaku dan berikanlah aku kekuatan untuk menhadapi hari2 mendatang, kepadamu tempat aku mengadu dan memohon pertolongan, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
Assalamualaikum 2019
6 years ago
0 comments:
Post a Comment