BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Sunday, December 11, 2011

CD27 - 1st Treatment

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, akhirnya saya da memulakan langkah pertama untuk mendapatkan nasihat & rawatan kesuburan.. Pagi td saya ke Poliklinik Mahsuri..Luckily, im the first one yang register, so dapat la masuk awal..  Gynea yang bertugas ialah Dr. Norhaida.. sy bgtau Gynea yang saya nak mengandung, pernah keguguran 2 tahun lalu dan sehingga kini still berusaha..Gynea terangkan secara detail kat saya berkaitan kitaran period.. disebabkan period saya tak teratur, jadi agak sukar untuk tentukan masa subur.. bulan lepas date period sy 15/11.. bulan ni x tau la bila nak period.. kalo ikut tarikh tu around 15/12 la kan.. Gynea kata kalo period, hari pertama period tu kol dia sebab dia nak set appointment untuk jumpa dia buat TVS.. dia minta sy mkn clomid hari kedua period sampai hari keenam period.. clomid ni bertujuan untuk meransang ovari keluarkan telur.. then, lps tu akan buat Trans Vaginal Scan (TVS) untuk kenalpasti samada telur saya dah matang atau belum.. untuk hari ini, Gynea just scan perut dan ambil darah sahaja.. hasil dari Trans Abdomen Scan (TAS), Gynea cakap rahim sya bentuk pear, berkedudukan normal.. so, x dak apa mslh disitu.. darah diambil untuk uji hormon dalam badan saya.. hope itu pon ok.. kemudian, Gynea minta husband saya juga ujian sperm, nak tgk samada kualiti dan kuantiti sperm normal atau tidak.. sangat puashati jumpa Gynea hari ini.. kos perubatan untuk hari ni adalah sebanyak RM110.. ubat yang dibekalkan adalah Clomid dan Asid Folic untuk 3 bulan... thats all. :)

0 comments: