Bismillah..
Alhamdulillah, skrg sy da berada di CD10 dalam 3rd cycle.. agak excited untuk mengaharung cycle ni sebab nak tgk turun naik pola BBT sy untuk cycle ni.. Tertanya2 bila O akan berlaku, apakah sy akan jumpa EWCM cycle ni, apakah OPK sy akan dpt +ve dan apakah cycle ini sy berjaya mendapat +ve dalam UPT..bahagianya! Harap2 EWCM akan muncul jugak nnt walaupon sy x amalkan EPO bulan ni.. sedih plak sebab x mkn.. Nak mkn pon seksa rsnya.. sungguh, sy rasa EPO tablet 1000mg tu terlalu besar untuk melalui tekak sy ni.. huhu...
Ok, dengan bantuan BBT chart dan EW nanti, sy akan buat OP test bulan ni.. menurut rakan2 TTC, time yang sesuai untuk buat OPT ni dr jam 12pm till 7pm.. jgn minum air 3 jam sebelum buat test. Dan kalo line T x terang maknanya result dia adalah -ve.. if line T tu sama terang or lebih terang dr C, maknanya ia +ve.. telur akan keluar dalam tempoh 12-24jam selepas itu...ini apa yg sy paham la.
Semalam, sy beli susu Hi Goat dengan campuran kurma dan madu.. Hari ni br sy start minum.. Ya Allah, kuat gila bau susu kambing ni.. huhu.. terpaksa jugak la minum walaupon x suka.. Fikir untuk buat ubat je la.. Sy jugak da join group BBT Ratu Hatiku dalam facebook.. Byk info yg sy boleh dapat dr sifu2 TTC ni.. kalo x faham apa just tanya, nnt ramai la yg akan menjawabnya.. hehe..
Lagi 5 hari nak jumpa Dr. untuk buat TVS.. kali ni Dr. buat pada CD15.. Last cycle dapat buat pd CD9 ja sebab Dr. bercuti panjang time CNY tu.. Time CD9 tu telo sy membesar lebih kurang 10-11mm, then thru BBT chart tu menunjukkan sy O pada CD18.. maknanya betul la tu.. mengikut kata Dr. telur membesar lbh kurang 1mm satu hari.. kalau pada CD9 telur sy 10-11mm, maknanya pada CD18, telur sy da sebesar 19-20mm.. cukup matang untuk disenyawakan. Tapi, nampaknya masih belum rezeki lg.. Yeah, nx cycle mudah-mudahan rezeki berpihak pd sy. Amin, amin, Ya Rabbal Alamin.. agak2 sempat lg x untuk dapat baby 2012.. huhu.. InsyaAllah.. andai sampai masanya, Allah akan beri. Yakin ok!
Assalamualaikum 2019
6 years ago
0 comments:
Post a Comment