Bismillah..
Assalam..
Ok, ini cerita pasal TVS smlm di CD15.. Sy datang awal pg jam 8 da ada kat kaunter klinik. Tp, ekceli klinik buka jam 9.. Tanya kat kaunter, "Dr Haida ke?".. Miss Recep tu ckp "Dr Zarina, ada appointment dr Haida eh, jap sy kol dia".. Dr Haida semlm bertugas kat Hospotal Sulatanah Bahiyah, tp nasib belum g hospital lg.. So, di dtg klinik sekejap untuk buat TVS kat sy. Dia da lupa sbnrny, biasa sy akan msg untuk confirmkan..
Bila TVS dilakukan, hasil sedikit mengecewakan.. sebenarnya, harapan sy terrrrrrrrrrlalu tinggi cycle ni.. sebelum TVS, sy sgt berharap dapat tengok telur2 yang besar terhasil kesan dr clomid 100mg tu... Apa yg sy fikir, kalau cycle lepas TVS di CD9, telur sy bersaiz 10/11mm.. skrg di CD15, mungkin telur sy da bersaiz 16/17mm.. sangat hampir untuk matang.. dan sy da x sabar untuk buat OPK..
TAPI, bila TVS dilakukan, saiz telur diukur, yang plg besar hanya berukuran 10mm.. how frustrated me! telur banyak tapi semuanya bersaiz kecil2.. whyyyyyy? ye, sy kecewa! sedih! badan sy x memberi respon yang begitu baik dengan clomid.. mungkin bila ini cycle ke 2 untuk clomid 100mg, dia da x memberi kesan... SEDIH! rs down!
Dr. Haida minta sy datang TVS lg pada CD19... harap sangat dapat lihat telur2 membesar dengan jayanya.. x pe la O lambat pon, asalkan sy berjumpa dengan O... maybe cycle sy kali ni agak panjang.. kalo ikut dr hasil TVS smlm, sy menjangkakan sy akan O pada CD24/CD25.. x pe la, try n error je laa... sy da guna 2 stick OPK sebelum ni, rugi plak rasa.. huhu..
Rasa macam nak cari VITEX la hari ni.. tgk kesan Vitex kat mama nurry yang berjaya hamil tu amat la inspired me... sapa sangka dia akan subur pada CD41... it's miracle.. So, saya pon x akan putus asa dalam memburu O.. moga saya diberi ketabahan dan kekuatan dalam menempuhi usaha2 untuk menjadi ummi kepada zuriat2ku kelak.. permudahkan urusanku Ya Allah..
Satu lg, bulan 3 nanti En Hubby akan buat sperm test.. Dr. Haida da masukkan nama and buka buku untuk En Somi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.. tempat yang selesa berbanding buat sperm test kat BP Lab.. ada ke patut nak kena buat kat toilet, camna nak stim bak kata En Somi.. haha.. hopefully result tak mengecewakan... and i know memang sebenarnya masalah dtg dari sy.. hormon sy semakin ting tong since gugur dl..
Oklah, dats all.. (^__^)
Assalamualaikum 2019
6 years ago
0 comments:
Post a Comment